masalah tidur
Sunday, 17 March 2013 | 23:08 | 0 comments
Masalah susah untuk tidur akan dapat diatasi jika anda berusaha untuk mengatasinya. Ianya bergantung kepada diri anda bagaimana anda mengatasi masalah tidur yang anda hadapi. Setiap orang pasti mempunyai cara mereka yang berbeza dengan orang lain.
- 1Kosongkan Fikiran Dari Semua PerkaraBiasanya anda susah untuk tidur kerana disebabkan oleh pemikiran anda sendiri. Anda mungkin menghadapi banyak masalah yang sentiasa berlegar-legar dalam fikiran anda. Ianya pasti mengganggu tidur anda yang boleh menyebabkan anda susah untuk mendapat tidur yang baik. Jadi, anda perlu mengatasi masalah ini. Anda hendaklah cuba untuk mengosongkan fikiran anda dari apa sahaja perkara. Memang agak sukar untuk melakukannya tapi anda boleh cuba melakukannya. Cuba lupakan sekejap segala masalah, jangan fikirkan perkara negatif, dan berfikirlah dengan tenang. Apabila fikiran anda mulai tenang, anda pasti akan dapat tidur dengan baik.
- 2Tetapkan Waktu Tidur Sama Setiap MalamWaktu tidur adalah penting dalam memberikan tidur yang baik kepada seseorang. Jika anda menghadapi masalah tidur maka anda perlu menetapkan waktu tidur yang sama pada setiap malam. Jika pada malam ini anda tidur jam 11 malam, esok pun anda kena tidur pada waktu yang sama. Begitulah juga pada hari-hari yang seterusnya. Ianya bagi menetapkan satu tabiat dalam diri anda untuk tidur pada waktu itu. Jika diamalkan selalu, pemikiran anda telah ditetapkan untuk tidur pada masa tersebut.
- 3Pastikan Tempat Tidur Nyaman Dan SelesaFaktor persekitaran amatlah mempengaruhi tidur seseorang. Tempat tidur yang baik akan dapat memberikan tidur yang baik juga kepada kita. Anda sudah tentu sekali akan merasa tidak selesa tidur jika tempat tidur anda itu kotor, berbau busuk, basah dan macam-macam lagi. Ianya boleh mengganggu keselesaan anda tidur. Oleh itu pastikan tempat tidur anda itu bersih dan selesa. Untuk lebih keselesaan pasang la kipas supaya anda tidak berasa panas semasa tidur.
- 4Elakkan Dari Bunyi BisingBunyi yang terlalu bising boleh menganggu tidur seseorang. Bagi saya sendiri, adalah sukar untuk tidur jika keadaan sekeliling yang bising. Saya pasti anda juga mengalami situasi yang sama. Anda perlu elakkan dari tidur dalam keadaan yang bising. Kalau boleh tutup terus sumber bunyi-bunyi yang bising seperti lagu-lagu yang anda pasang di radio, handphone dan laptop anda. Jika anda mahu juga anda boleh pasang dalam kadar tidak terlalu kuat. Mungkin lagu-lagu yang anda minat boleh membantu anda melelapkan mata anda. Jika anda mendengar bacaan zikir dan Al Quran itu adalah lebih baik.
- 5Tutup Semua Sumber CahayaCahaya yang terang adalah salah satu faktor yang menyebabkan anda sukar untuk tidur. Saya sendiri memang sukar untuk tidur jika cahaya lampu yang masih terbuka. Jika sumber cahaya yang terlalu terang akan menyebabkan anda susah untuk melelapkan mata. Bagi mengatasi masalah susah untuk tidur, anda hendaklah tidur dalam keadaan yang gelap. Tutup semua lampu dalam bilik anda kalau boleh. Tidur dalam gelap akan lebih cepat untuk anda melelapkan mata.
- 6Baca Doa Sebelum TidurTidurlah dalam keadaan yang tenang dan mendapat keberkatan dari Allah. Itulah yang kita mahukan. Banyakkan berzikir dan berdoa sebelum tidur supaya diberikan ketenangan oleh Allah. Lupakan segala kerungsingan dalam diri anda dan banyakkan mengingati Allah. Sesungguhnya dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang.
SEKIAN
"Exclusive Giveaway by FD & Aziera"
Thursday, 14 March 2013 | 22:05 | 0 comments
My First Giveaway by AR
Monday, 4 March 2013 | 01:34 | 0 comments
JANGAN !
| 00:46 | 0 comments
Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yg menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat 24 perkara-perkara yang jangan dilakukan :
- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t.
- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
- Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
- Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh.Makruh dan mewarisi kepapaan
- Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)
- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yg. dimakan adalah dari muntah syaitan.
- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan.
- Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
- Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
- Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh dating bila-bila masa.
- Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
- Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak siratulrahim.
- Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
- Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
- Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org.kepada kita.
- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg.teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t.
- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
- Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
- Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan jin.
- Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
- Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.
- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih mengetahui.Yang baik itu adalah dari ALLAH s.w.t dan yg.buruk itu dari hambanya juga.
sekian
credit : BLOG NIE
semester akhir sudah
Sunday, 24 February 2013 | 08:27 | 0 comments