5 kesalahan dalam solekan ..apakah ??
Monday, 23 April 2012 | 09:58 | 0 comments
1. Pensel Alis
Memiliki alis bagai bulan sabit tentunya menjadi impian setiap gadis. Tebal dengan bentuk yang sempurna ditambah lagi dengan warna yang ideal membuatkan mata tampak lebih mempersona. namun untuk mendapatkannya, kamu memerlukan bantuan pensel alis. Namun kesilapan yang sering dilakukan apabila menggunakan pensel alis ialah membetuk kening terlalu tebal dan gelap sehingga hilang semula jadi dan wajah tampak seperti menyeramkan.
Penyelesaian : Sebelum menggunakan pensel alis, kamu perlu menandakan dengan memberi titik pada alis untuk memudahkan kamu melukisnya. Pililah warna yang natural atau sama dengan warna rambut kamu. Sekiranya bulu mata kamu agak tipis, kamu boleh menggunakan pembayang mata yang sesuai dengan warna pensel alis. Kemudian ratakan dengan menggunakan berus.
2. Pemerah Pipi
Produk mekap yang satu ini mampu membuatkan wajah bersieri-seri dan segar. Namun masalahnya ramai yang salah mengaplikasikan perona pipi ini dengan hanya menyapi pada satu pusat pipu semata-mata. Bukan itu sahaja, pemilihan warna yang agak terang daripada warna kulit juga boleh mencacatkan solekan.
Penyelesaian : Sapukan pemerah pipi secara merata pada bahagian pipi yang menonjol. Bermula dari tulang pipi sehingga ke atas. Dengan begitu, merah di pipi akan tampak lebih semula jadi. Rona merah jambu, coklat dan merah gelap merupakan pilihan warna masa kini.
3. Bedak Padat
Ini merupakan produk asas dalam solekan dan semua orang akan mengaplikasikannya. Masalah yang sering berlaku apabila memakai bdedak padat ialah kesilapan memilih rona bedak hingga ada kalanuya menampkkan wajah seperti sedang memakai masker. Jadi berhati-hatilah.
Penyelesaian : Memilih rona bedak yang tepat adalah dengan memilih rona yang sedikit gelap daripada warna kulit. Misalnya kalau bedak padat itu mempunyai nombor satu hingga lima dan kulit kamu cerahnya seperti nombor satu, maka kamu patut memilih nombor dua ataupun tiga. Lihatlah pada keseuaian warna kulit kamu.
4. Bedak Asas
Ketidaksempurnaan kulit akibat bekas jerawat, bintik hitam dan sebagainya boleh ditutupi dengan memakai bedak asas. Namun masalahnya masih ramai gadis yang kurang arif dalam menentukan bedak asas yang sesuai dengan jenis dan warna kulit.
Penyelesaian : Sekiranya kamu masih bingung memilih warna yang tepat, pilihlah warna bedak asas yang sama atau dekat dengan warna kulit kamu. Selain itu, lakukan ujian terlebih dahulu sebelum memakainya dengan cara mengaplikasikan sedikit bedak asas ke rahang kamu. Dari situ kamu akan mendapat warna yang tepat.
5. Lipstik
Siapa yang tidak ingin memiliki bibir seksi dengan garis yang sempurna? Namun, masih ramai gadis yang keliru dalam menentukan warna lipstik untuk warna bibir dan kulitnya,.
Penyelesaian : Kuncinya, dalam memilih warna lipstik ialah ia harus sesuai bukan sahaja dengan warna kulit sebaliknya bersesuaian deng warna pakaian, majlis yang dihadiri dan tema majlis. Untuk tampil dengan lebih natural, gariskan bibir dengan penggaris bibir yang berfungsi untuk membingkaikan bibir.